Wednesday 7 December 2016

Bubur Nasi untuk Bayi 7 Bulan

Topik hari ni untuk mommys-mommys yang baru nak start bagi baby makan bubur nasi. Kuantiti resipi yang Shi masak ni boleh bertahan selama 5 hari. (Frozen dalam peti ais)


Bubur Nasi Kentang

Bahan-bahan:

1. Beras - 2 cawan
2. Dada ayam - 1 ketul
3. Kentang - 2 biji
4. Air

Caranya:

1. Masukkan semua bahan yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Kentang Shi potong dadu supaya cepat empuk dan senang untuk ditapis nanty. Ayam pulak Shi letak seketul macam tu je. Masukkan air sampai hampir penuh periuk, lepas tu pasang api 😊 Ayam adalah untuk perasa, boleh jugak kalau nak gantikan dengan ikan bilis. Bila ada perasa baru lah bubur nasi jadi lebih sedap. Bubur baby tak boleh tambah gula & garam tau!



2. Refill air setiap kali air dah nak kering. Bila bubur nasi dah pekat dan sebutir nasi tu dah nampak macam 1/3 daripada saiz asal, dah boleh tutup api.



3. Seterusnya, asingkan isi ayam bagi memudahkan proses menapis bubur nasi. Kena tapis nasi! WAJIB!!! Baby berumur 7 bulan belum pandai sepenuhnya untuk mengunyah makanan. Shi pilih tapis yang bersaiz besar supaya dapat tapis makanan dalam kuantiti yang banyak & cepat siap. (Tapis tu beli dekat DIY je) Shi pernah jugak blend bubur nasi tu sebab malas tapis. Hehe.. Tapi hasilnya nasi tu jadi lembik dan cair sangat macam tepung. Rasa dia sangat tak sedap!



4. Bila kerja-kerja menapis dah siap, blend ayam yang diasingkan tadi dengan air. Kemudian, campurkan bubur nasi yang dah ditapis dengan ayam yang dah diblend tadi. Gaulkan supaya bubur menjadi sebati. Hasil dia macam dalam gambar bawah ni. Texture bubur tak terlampau pekat dan tak terlampau cair. Sedang-sedang je gituuu.



5. Akhir skali, masukkan bubur nasi ke dalam bekas untuk disimpan dalam peti ais. Shi guna bekas kecik macam ni sebab satu bekas untuk sekali makan. Supaya senang bagi kat pengasuh. Sehari Shi bekalkan 2 bekas. Bila nak makan nanty pengasuh just panaskan je.



Leceh sikit kan. Tapi untuk makanan yang sihat untuk anak, mommys kene berkorban masa dan tenaga sikit.  

**Sesetengah orang lebih suka blend beras yang dah disangai baru masak jadi bubur. Tapi Shi tak buat macam tu sebab Naufal kurang suka makan bubur yang dimasak mcm tu. 


No comments:

Post a Comment